Monday, 18 May 2015

5. UNDANG-UNDANG DI JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA JIKA MAHU BERKAHWIN DI LUAR NEGARA


SYARAT-SYARAT BERNIKAH DENGAN KEBENARAN
PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJUK

Pernikahan akan didaftarkan tanpa melalui proses pendakwaan di Mahkamah Syariah.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. 2 salinan kad pengenalan atau passport pemohon dan pasangan
  2. 2 salinan surat nikah dan surat akuan sah nikah luar negara
  3. 2 salinan border pass atau passport yang digunakan pada hari pernikahan
  4. 2 salinan Surat Cerai / Surat Mati pemohon dan pasangan (jika duda @ janda @ kematian pasangan
  5. 2 salinan Surat Nikah isteri pertama / kedua/ ketiga jika poligami
  6. 2 salinan Sijil kursus Pra Perkahwinan dan asal (teruna dan dara)Keputusan Ujian HIV dari Klinik kesihatan kerajaan (Pemohon dan pasangan)
  7. Surat pengesahan Konsulat (asal dan 2 salinan):
  • Nikah di Thailand - Konsul Malaysia di Songkhla
  • Nikah di negara lain - Konsul Malaysia di Negara tersebut
  • Nikah dengan warganegara asing - Surat kebenaran dari Konsul @ kedutaan negara di Malaysia



SYARAT-SYARAT BERNIKAH TANPA KEBENARAN
PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJUK

  • Pemohon perlu mendapatkan pengesahan nikah terlebih dahulu dari Mahkamah Rendah Syariah @ Mahkamah Tinggi Syariah (Poligami).JIKA POLIGAMI.
  • Setelah mendapatkan satu Akuan Sah Nikah dari mahkamah , pemohon akan menjalani proses untuk pendakwaan di Pejabat Agama Daerah.
  • Pernikahan akan didaftarkan setelah pemohon melalui proses pendakwaan (bayaran denda dengan kesalahan yang berkaitan ) di Mahkamah Syariah .

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. 2 salinan Kad Pengenalan / passport pemohon dan pasangan
  2. 2 salinan Kad Pengenalan wali (jika wali hadir di dalam Majlis Akad Nikah@ wali wakil kepada Jurunikah)
  3. 2 salinan surat nikah dan surat akuan sah nikah Luar Negara
  4. 2 salinan passport / border pass yang digunakan pada hari pernikahan
  5. 2 salinan surat cerai / surat mati pasangan yang bercerai / meninggal dunia
  6. 2 salinan surat nikah isteri pertama jika poligami
  7. 2 salinan sijil kursus Pra Perkahwinan jika teruna / dara
  8. Keputusan Ujian HIV dari klinik kesihatan kerajaan (pemohon dan pasangan)
  9. Surat Pengesahan Konsulat (asal dan salinan)
  • Nikah di Thailand - Konsul Malaysia di Songkla
  • Nikah di negara lain - Konsul Malaysia di negara tersebut
  • Nikah dengan warganegara Asing - Surat Kebenaran dari Konsul / kedutaan negara di Malaysia


SOALAN DILEMA 
SOALAN:
Saya dan suami telah melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand tiga bulan yang lepas. Kawan-kawan menasihatkan agar saya mendaftarkan perkahwinan di Malaysia kerana perkahwinan saya dianggap tidak sah jika tidak berbuat demikian.
Suami saya bersikap acuh tak acuh dan enggan mendaftarkan perkahwinan kami.
Apakah status perkahwinan saya sebenarnya? Benarkah pernikahan kami tidak sah kalau tidak didaftarkan di sini? Adakah saya masih boleh mendaftarkan perkahwinan kami selepas tiga bulan kahwin? Bagaimana jika suami saya enggan?

Izzafarhana Mokhtar, Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Terima kasih atas kesudian puan berkongsi dilema yang puan hadapi. Diharap nasihat yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu puan.
Nasihat yang diberi oleh kawan-kawan puan itu memang ada benarnya. Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini.
Bagaimanapun, puan tidak perlu bimbang. Pendaftaran ini mesti dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh puan atau suami atau kedua-duanya sekali kembali ke tanah air. Dengan kata lain, puan masih ada masa untuk mendaftarkan perkahwinan puan.
Selain itu, Seksyen 34 akta yang sama turut menyatakan jika perkahwinan itu dilangsungkan secara sah menurut hukum syarak, ia tidak menjadi tidak sah semata-mata atas sebab tidak didaftarkan.
Namun, adalah diingatkan agar puan dan suami mendaftarkan perkahwinan dengan segera. Seksyen 31 (5) menyebut bahawa, sekiranya perkahwinan itu lewat didaftarkan, ia boleh didaftarkan kemudian tetapi tindakan akan diambil terhadap puan dan juga suami.
Tindakan yang dimaksudkan adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan Seksyen 125 (2) akta yang sama.
Walaupun status perkahwinan puan dan suami dianggap sah mengikut hukum syarak, namun dalam ketiadaan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang Malaysia, sebarang perkara yang memerlukan mengemukakan sijil nikah tidak akan dapat puan lakukan. Sebagai contohnya, untuk mendaftar kelahiran anak daripada perkahwinan tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang keluarga Islam Malaysia.
Malah, puan juga tidak akan dapat menuntut hak puan sebagai isteri, contohnya dari segi nafkah, hutang mas kahwin, harta sepencarian mahupun pembahagian harta pusaka di masa hadapan.
Jika suami puan masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, puan bolehlah mendaftarkannya sendiri. Tidak perlu menunggu suami puan.
Semasa pendaftaran perkahwinan nanti, puan perlu mengemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahawa perkahwinan puan ada dilangsungkan. Puan juga perlu mengemukakan sebarang butir-butir yang dikehendaki oleh Pendaftar Perkahwinan.
Kemudiannya, puan perlu mengisi borang permohonan pendaftaran perkahwinan dan menandatangani perakuan yang terdapat di dalamnya. Seterusnya, puan dan suami akan dibekalkan dengan sesalinan sijil pendaftaran perkahwinan yang telah diperakui sah (Seksyen 31 (2) (a) hingga (c)).
Kami INGIN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena perkahwinan puan dan suami. Semoga mahligai puan kekal utuh buat selama-lamanya.

nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,nikahthailandsongkhla,
nikahthailandsongkhla,

No comments:

Post a Comment