Permohonan Pas Sempadan Malaysia - Thailand
(Dari laman web Jabatan Imigresen Malaysia)
Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Utara Perak (daerah yang bersempadan dengan Siam atau Kedah).
Tempoh Sahlaku
Enam (6) bulan dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
Syarat-Syarat Am
- Dua (2) keping gambar pemohon berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
- Maklumat kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun, namanya hendaklah dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu atau Bapa
- Bukti menetap di negeri yang dinyatakan
Pemohon | Syarat-Syarat |
Berumur 12 tahun ke atas
|
- Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
- Kad Pengenalan (MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11))
- Kad Pengenaan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
|
Berumur di bawah 12 tahun
|
- Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
|
|
No comments:
Post a Comment