Monday, 18 May 2015

3.DOKUMEN DAN SYARAT2 NIKAH


Dokumen Yang Perlu Dibawa
  1. Pasport yang sah atau Pas Sempadan (Cuma penduduk Utara Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan boleh memohon Pas Sempadan.)
  2. Kad pengenalan
  3. Surat cerai/surat kematian suami (Jika berkenaan) Bawa surat yang asal, bukan photocopy.
  4. Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan) Bawa surat yang asal, bukan photocopy. 
  5. Surat izin wali (Jika ada),

(PAKAIAN UNTUK PASANGAN )
LELAKI: SEKURANG2 NYA BEKEMEJA @ATAU BAJU MELAYU
WANITA: BERTUDUNG ,BERBAJU KURUNG DAN SEBAGAI NYA,
(ASAL KAN SESUAI/SOPAN)


PASPORT / BORDER PASS:
  • Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
  • Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM200.00 sahaja untuk tempoh 5 tahun, Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
  • Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
  • Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara)SAMA ADA PELAJAR SEKALI PUN sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.


Sah atau Tidak Nikah Di Thailand?Banyak persoalan timbul sama ada pernikahan di Selatan Thailand ini sah atau pun tidak. Berikut adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan di Malaysia:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0

Rukun NikahSesebuah pernikahan adalah sah jika memenuhi rukun nikah. Tanpa salah satu rukun yang mencukupi, maka pernikahan itu tidak sah.

Berikut adalah Rukun Nikah:

1. Lelaki
  • Mestilah lelaki (bukan khunsa)
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Tidak dipaksa berkahwin
  • Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
  • Tidak beristeri empat sewaktu bernikah
  • Lelaki tertentu (bermakna identiti lelaki yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)

2. Wanita
  • Mestilah wanita (bukan khunsa atau pondan)
  • Islam Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
  • Tidak bersuami
  • Bukan dalam edah
  • Wanita tertentu (bermakna identiti wanita yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)
3. Wali
  • Lelaki
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Merdeka (bukan hamba)
  • Tidak dipaksa
  • Adil dan Tidak fasiq
  • Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)

*khusus dalam kes pernikahan di Selatan Thailand ini WALI AM/WALI RAJA MESTILAH DILANTIK DAN DITAULIAHKAN OLEH PEMERINTAH (Pihak Berkuasa Thailand) dan DIBERI KUASA UNTUK MENJADI WALI AM/RAJA BAGI PERNIKAHAN DI DALAM WILAYAH YANG BELIAU DITAULIAHKAN.


4. Saksi
  • Lelaki sekurang-kurangnya DUA ORANG 
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Merdeka (bukan hamba)
  • Tidak dipaksa
  • Adil dan Tidak fasiq
  • Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
  • Boleh melihat dan mendengar dengan baik, memahami ijab dan kabul, memahami pernikahan itu dan bahasa yang digunakan.
  • Tidak jatuh keatasnya untuk menjadi wali bagi pernikahan tersebut.
5.Ijab & Kabul
  • Mestilah jelas dan difahami
  • Mengandungi “butir-butir pernikahan” yang LENGKAP
  •  Tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menimbulkan atau membawa maksud selain dari pernikahan itu
  • Dilafazkan oleh Wali atau wakilnya
  • Dilafazkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya
  • Tidak diselangi perbuatan lain atau terhenti yang terlalu lama diantara ijab dan kabul.
  • Ijab dan kabul mestilah membawa maksud khusus untuk pernikahan itu dan bersamaan maksudnya.
  • Tiada tempoh had (bukan kahwin kontrak)
  •  Contoh ijab dan kabul:
6.Lafaz kadhi:

“ Abu bin Budin, aku nikahkan engkau dengan Siti binti Saat, dengan berwalikan (wali yang berkaitan akan disebut), dengan maharnya (mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”
Lalu dijawab terus (pengantin lelaki):

“Aku terima nikah(nya) Siti binti Saat dengan maharnya(mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”


  • Ijab & Kabul di atas jelas menerangkan Abu bin Budin dinikahkan dengan Siti binti Saat dengan mahar yang disebutkan serta dijelaskan siapa walinya. Abu bin Budin menerima nikah tersebut dengan jelas berserta maharnya.

No comments:

Post a Comment